testing-testing..


pehh.. agak lama jugak la kan xupdate blog ni.. kesian kat pembaca2 blog mohd izzat yg setia..(ceh bajet ada org nk baca blog ni kan)..haha!

FYI, aku xde apa pon nk update sebenarnya.. cuma nk cerita siket je la tentang aku dan laptop aku ni..cite ape? haa..ce cite ce cite..haha

minggu lepas, aku telah berjaya untuk mentogelkn laptop aku.. kesian lappy.haha. disebabkan engkau ni da slow sangat, aku terpaksa buat post mortem kat ko. aku bedah ko da keluarkan isi perut ko semua. haha. padan muka. sape suruh slalu hang je..aku nk main PES pon xsenang..lagging je.. berikut adalh gambar2 bedah siasat tersubut..(ayat xtahan) ;p






haa..setelah berjaya membersihkan cooler fan laptop ni, dia sudah kembali sihat dan bertenaga seperti baru.. now main pes satu hari pon da xhang! haha! jom ah main PES sape2 yg berani. meh singgah bilik aku men se-frame.huhu. yang lawaknya time nk pasang balik ada pulak skru terlebih. haha. terpaksa lah bukak semula nk tgk mana tempat yang tertinggal skru tu. da dua kali kerja. xpela. janji laptop i da macam laptop baru u..!!! aww.. i loikee..!!!haha

Dan..

Dan
Dan bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Dimana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kaupun lupakan aku
Mimpi burukmu
Dimana t'lah kutancapkan duri tajam
Kaupun menangis, menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksudku, bukan inginku
Melukaimu sedarkah kau
Di sini kupun terluka
Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar
Seperti dulu kala

Caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala

Oh my Hand!!

ok xde apa2 pon..
cume tgn aku dah xnormal..
anggota bdn belah kiri mmg slalu je kene..huhu
tgn lari sendi..beralih kt wrist tu.nampak lain la..berbeza dari sbelah kanan.
dah pergi urut n ok la sikit sakit dye tu..tapi nampak lagi la tjatuh tgn tu kbwh sikit..
nk pergi xray,tp tah..malas nk tgu kalo kt hosp tu..tp takot tgk tgn nye cam cacat je..haha
xpelah..esok baik la ni ek..sedapkn hati..

Hujan oh Hujan..!!!

Fuhh.. aku ni kat Cameron Highland ke kat Pekan ni?

Haha! Macam tu lah nk gambarkn sejuknya cuaca sekarang ni. Dah 2 hari dah hujan tak berhenti-henti kat sini. Sejuk giler... kadang2 nak mandi pon pikir 2 kali. haha. Macam mana nak kurus ni. Nak jogging xboleh. Hujan je xbenti2. (cehh..alasan! haha).

Patotlah masa mula2 masuk ituari semut banyak. Asyik nk buat sarang je. Pantang ada tempat lembab. aku jemur seluar xsempat kering lagi semut da boleh buat sarang dalam kocek seluar aku. Siap bertelur2 lg tu xtahan. Mereka tu nk berhibernasi kot. Musim hujan xboleh pergi cari makan an. haha. Hebat betul ciptaan Allah ni. Belum Hujan lg semut dah boleh tahu dulu akan hujan. Tapi kesian kat semut2 tu. sebab aku spray dorg. Semua terkorban. haha. Siapa suruh g buat sarang kat bilik aku an. Maaf la ye kepada ahli2 keluarga semut yg terlibat. Takziah..

Habis da cerita pasal semut. Ni aku nk cerita sesuatu yg gempak jugak lah Uni aku pernah buat. Xpernah2 lagi rasa ada benda macam ni yang pernah di buat. dan yang paling best tu, aku terlibat sekali dalam benda bersejarah ni. haha! Untuk pengetahuan semua, kampus yang aku blajar sekarang baru je bukak 2tahun lepas. and tahun lepas adalah tahun 1st kolej kediaman ni di diami. Dengar cerita UMP kampus pekan ni akan jadi u yang terbesar kat asia tenggara. Tapi xtahu la bila tercapai impian tu kan..haha. Yang aku ckp bangga sgt td tu sbb naib canselor UMP ni ada sponsor satu tugu peringatan yg tertulis nama2 1st residential atau penghuni pertama kolej kediaman kat Pekan ni. Siapa xbangga beb. Even stakat nama je, tapi bila 10 tahun or 20 tahun akan dtg bila aku dtg sini balik tgk ada nama aku lagi kat tugu tu. haha! kat bawah ni gambar2 yang berkaitan dgn cerita aku ni. Sanggup beb amik gambar even hujan2 pon. Jakon xhengat time ni. haha!

perot wa da xleh nk cover da..haha

senarai2 nama pelajar

nama aku beb!!! haha!

nama member2 lain yg terlibat

-sekian-

Einstein vs Mr. Bean

Einstein mengajak Mr Bean bermain teka-teki. Disangkanya Mr Bean pasti jadi lauk dia jer.

Einstein: Aku akan memberi satu pertanyaan, jika anda tidak tahu jawabannya maka anda membayar saya hanya $ 5, dan jika saya tidak dapat menjawab pertanyaan anda, saya akan membayar anda $ 500.

Mr Bean mengangguk 18 kali menandakan dia setuju dengan cabaran Einstein.
Einstein mengajukan pertanyaan pertama:

Einstein : Berapa jarak dari bumi ke bulan?

Mr Bean : Mr. Bean tidak mengucapkan sepatah kata pun, seluk saku, mengeluarkan $ 5.

Sekarang, giliran Mr Bean…

Dia bertanya kepada Einstein:

Mr. bean : Apakah yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki, dan akan turun di 2 kaki?

Einstain : Einstein melakukan pencarian di internet tapi tak berjumpa dan meminta semua teman-temannya yg cerdas. Setelah satu jam ia memberikan Mr Bean $ 500.

Einstein sambil bengang bertanya:

Jadi apa yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki dan turun dengan 2 kaki ??

Mr Bean menyeluk saku, dan memberikan Einstein $ 5.


hahahahahahaha..xle bla..

Sam & Dol

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini candle light dinner dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

cantekk~
haha!

kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah??


Kenapa ek??


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~

source : oh! media
p/s: sekadar utk di kongsi bersama. aku suka gambar kat atas tu. Smart. haha!